Tuesday 14 February 2017

Ubi Manis Keluaran Kampung Tanjung Medang Hulu


Ubi manis yang ditanam oleh ibu saya di Kg Tg Medang Hulu sangat laris dijual pada musim banjir baru-baru ini. Kebanyakannya dibeli oleh VVIP dan pegawai agensi kerajaan yang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir yang kebetulannya terletak di hadapan rumah ibu saya iaitu Hajah Rahil binti Ismail ( Chu Rahil ).

Ubi manis atau ubi badak ini sangat sedap direbus dan dicecah dengan kelapa parut.Sebelum dimasak eloklah direndam isi ubi ini dahulu dengan garam supaya hilang lendirnya. Sayur lemak putih atau sayur tumis juga sangat sesuai jika dicampur dengan ubi ini.Ubi manis mudah ditanam cuma memerlukan junjung atau trellis untuk pokoknya menjalar.



Ubi manis isi putih



Ada ubi yang belum mencapai saiz standard telah dicabut juga sebelum ditenggelami banjir.

Wednesday 1 February 2017

Ternakan Biri-biri Baka Malin di Tanjung Medang

Percubaan menternak biri-biri baka Malin kerana ketahanan terhadap penyakit dan cuaca di Malaysia. Didapati baka jenis ini mudah dipasarkan kerana harganya yang murah berbanding jenis biri-biri yang lain. 
Kekurangan baka jenis Malin hanyalah saiznya yang kecil dengan berat sekitar 15 hingga 30 kilogram sahaja dan dipasarkan dengan harga antara RM600 hingga RM700 seekor bagi jantan.

Antara ciri baka jenis ini ialah saiz tubuh yang kecil, variasi bulu yang berwarna putih, kehitaman dan juga perang. Baka jantan mempunyai tanduk dan penternak perlu berhati-hati kerana berpotensi menanduk penternak tanpa menunjukkan tanda-tanda berada dalam keadaan aggresif mahu menyerang.  


Daun mulberi membekalkan protein yang tinggi kepada biri-biri ini.




Kandang dibina atas kandang lembu yang sudah tidak digunakan lagi dan sudah terbiar agak lama.


Anak biri-biri yang baru berusia seminggu.