Thursday 6 October 2016

Bercucuk Tanam Secara Jimat : Border Pengganti Pasu Plastik atau Seramik

Border ini boleh dibeli di nursery atau di kedai-kedai pertanian di tempat anda. Kos untuk menyediakan tempat tanaman lebih murah jika kita membeli pasu sama ada jenis seramik atau plastik. Lagipun bekas ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan pasu yang diperbuat dari seramik. Harga sekeping border ini ialah RM65  dan jika dipotong dalam ukuran 1 meter panjang kita boleh dapat 4 pasu bersaiz besar ( seperti dalam gambar 5 ) dan 2 pasu bersaiz kecil. Jika pasu dari seramik mungkin harga sepasu dalam RM40. Saiz border yang dibuat bergantung kepada keperluan pembeli dan tapaknya boleh diganti dengan bekas plastik dalam pelbagai saiz yang terdapat dalam pasaran sekarang.



1


2





3


4


5

Cabaran dan Keseronokan Menyemai Keratan Pokok Tin

Sebelum keratan pokok tin disemai , perkara-perkara berikut perlu dilakukan :
1. Pilih dahan yang matang ( kalau dibeli secara pos tiada pilihanlah )
2. Keratan dipotong dalam ukuran 6 inci atau sekurang-kurangnya ada 4 node
    atau mata tunas. Saya pernah lihat ada yang menyemai keratan dalam
    ukuran yang lebih kecil untuk jimat.
3. Rawat keratan dengan bahan anti kulat yang sesuai.
4. Rendam keratan dalam hormon pengakaran selama 1 jam.
5. Keringkan keratan dan masukkan dalam bekas semaian.
6. Letak keratan dalam bekas yang sesuai dan tutup.

Hujung keratan ditutup dengan snake ballon ( boleh sapukan dengan cat kalis air
atau lilin jika tiada sealler ) untuk mengelakkan kehilangan cecair dan
media yang digunakan ialah peatfree dan perlite dengan nisbah 3:1 


Bekas polistirena  digunakan kerana lebih murah dan ringan.

7. Biarkan keratan dalam bekas selama lebih kurang 2 minggu
    ( bergantung kepada variety pokok tin ) kerana ada yang lebih lama.
8. Setelah bertunas , buka bekas menyimpan semaian keratan secara berperingkat untuk proses menguatkan pokok ( hardening )

Keratan telah mula mengeluarkan daun

9. Setelah pokok agak stabil mulalah dedahkan kepada cahaya matahari pagi sehingga pukul 10.00 pagi dan letakkan di tempat yang terbuka setelah pokok semakin stabil serta semburkan ( spray ) dengan air jika media terlalu kering, tidak perlu siram lagi.


Proses di atas merupakan pengalaman saya menyemai keratan pokok tin yang dibeli secara pos. Kejayaan proses ini belum dapat dipastikan kerana proses menguatkan pokok ( hardening ) dan memindahkan anak semaian ke pasu atau tempat tanaman ( repotting ) sangat kritikal dalam menyemai keratan pokok tin. Doakan saya berjaya kali ini, insya-Allah.