Wednesday 14 November 2018

Majlis Konvokesyen Anakanda Amirah Fasya di Universiti Malaysia Sarawak pada 31 Oktober 2018

Detik bersejarah buat anakanda Amirah Fasya Binti Jama kerana berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang bioteknologi di UNIMAS. Penat lelah selama empat tahun di bumi Kenyalang terubat setelah melalui hari yang ceria ini dengan ditemani keluarga.Tarikh 31 Oktober 2018 menjadi kenangan manis buat beliau kerana diraikan dan diiktiraf kesarjanaannya dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS yang ke-22. Tahniah diucapkan dan semoga terus melakar kejayaan pada masa-masa yang akan datang.




Trip ke Sarawak kali ini diisi dengan melawat ke Kampung Budaya yang berkeluasan 17 ekar terletak di Pantai Damai, Santubong. Jarak perjalanan hanyalah 32km dari bandar Kuching dan jalan raya ke sini sangat bagus. Di sini para pengunjung disajikan dengan rumah-rumah pelbagai suku kaum di Sarawak dan persembahan kebudayaan berbentuk tarian di teater yang berhampiran pintu masuk di dalam perkampungan ini. Di dalam setiap rumah dipamerkan kelengkapan kegunaan harian suku kaum yang tinggal di situ dan barangan kraf tangan serta makanan mereka. Untuk memudahkan pergerakan ke sana anda disarankan menyewa kereta yang mudah didapati di lapangan terbang , hotel atau tempahan secara dalam talian dan pastikan bayaran dibuat setelah kereta diserahkan untuk mengelakkan anda ditipu.



Penginapan di Astana Wing, Hotel Riverside sangat selesa dan kami mendapat  layanan yang mesra daripada setiap stafnya.  Hotel yang terletak di pinggir Sungai Sarawak ini memudahkan tetamunya untuk melawat ke tempat-tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuching.



Sempat juga ngeteh bersama sahabat lama iaitu Saudara Tarmeze di tepi Sungai Sarawak yang menemani anak beliau menghadiri konvokesyen di UNIMAS pada hari yang sama.



Thursday 25 October 2018

BSMM InSTAR MENDAPAT TEMPAT KETIGA PCA PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2018


PASUKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SBPI TUN ABDUL RAZAK  TELAH MENGHANTAR ENAM ORANG ANGGOTANYA  MENYERTAI PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA 17 OKTOBER 2018 YANG LALU DI KOLEJ POLYTECH MARA, KUANTAN YANG TURUT DISERTAI 13 BUAH SEKOLAH  MENENGAH YANG LAIN DARI SELURUH NEGERI PAHANG. PASUKAN BSMM INSTAR TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN KALI INI. SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.

BERIKUT MERUPAKAN ANGGOTA BSMM InSTAR YANG MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT.



BIL


NAMA
1.
LAILATUL MUNIRAH MUHAMAD YUSOFF
2.
ADRIANA NUR NABILAH BINTI AMONI
3.
NAJWA ALIYYA BINTI NAJMUDDIN AYUBI
4.
WAN NUR AIMI SYAHIRAH BINTI ROZALI
5.
NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN
6.
NURUL FARAHIN BINTI BAHARUDDIN






Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah  atas sokongan yang telah diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah  InSTAR.

Thursday 20 September 2018

Majlis Pemakaian Pangkat Unit-unit Beruniform InSTAR Kali ke-8, 2018

Protokol majlis dan atur cara berlangsung dikendali oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia InSTAR berjalan lancar dan memenuhi matlamatnya untuk menghargai pencapaian para kadet dengan penganugerahan pangkat, lencana dan sijil setelah mereka menghadiri Kursus NCO yang diadakan di sekolah baru-baru ini.









Majlis pada tahun ini disempurnakan oleh Pegawai Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Pekan iaitu Puan Salimar pada jam 3.30 petang hari Rabu , 19 September 2018. Semua pegawai pasukan daripada GO dan NGO mengiringi Tetamu Kehormat untuk memakaikan pangkat kepada kadet pasukan masing-masing secara serentak. Tahniah diucapkan kepada para kadet yang telah dipakaikan pangkat dan lencana pada tahun ini, semoga pasukan anda akan lebih cemerlang.

Jamuan Meraikan Pasukan Catur Daerah Pekan yang Muncul Johan di Peringkat ASEAN bersama Man Kidal

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur daerah Pekan kerana menunjukkan pencapaian yang membanggakan dengan muncul johan di pelbagai peringkat umur dalam pertandingan peringkat ASEAN pada tahun ini. Lebih membanggakan kerana murid-murid InSTAR juga menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut. Terima kasih kepada YB Dato Seri Abu Bakar Bin Harun yang sudi merasmikan majlis dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada setiap pemain.




Majlis diserikan dengan persembahan daripada pemain gitar terkenal negara iaitu Saudara Man Kidal dengan petikan gitar beliau yang memukau. Majlis yang ceria ini berlangsung di lobi Bangunan UMNO Bahagian Pekan dengan dihadiri oleh para ibu bapa pemain dan juga guru-guru daripada sekolah yang terlibat.


Tuesday 10 April 2018

Enjin Exora Bold Mati Akibat Sensor Oksigen Rosak.

Entri kali ini saya nak kongsi sedikit info dan pengalaman berkaitan sensor oksigen yang rosak dan menimbulkan sedikit kerisauan.

Sensor oksigen yang telah rosak

Tanda-tanda awal sensor ini hampir rosak ialah enjin kereta anda akan ada sedikit gegaran semasa enjin mula-mula dihidupkan atau semasa berhenti menunggu di lampu trafik. Terjadi kepada saya juga beberapa kali enjin kereta tiba-tiba mati ketika hendak memulakan perjalanan. Agak cemas juga setelah kereta dibawa ke SC, mekanik memberitahu ada tiga kemungkinan jika enjin bergegar yang memerlukan kos pembaikan mencecah ribuan ringgit. Alhamdulillah setelah diperiksa puncanya ialah sensor oksigen yang rosak dan kosnya tidaklah mencecah ribuan ringgit.  Punca gegaran ini rupa-rupanya ada kaitan dengan fungsi sensor oksigen ini yang mengesan sukatan minyak dan oksigen dalam keadaan normal supaya terhasil nisbah bahan bakar yang betul bagi pembakaran yang sempurna.

Jika nisbah bahan bakar ini tidak normal maka kesannya ialah  enjin akan cepat panas akibat oksigen berlebihan. Kesan yang lebih merugikan apabila alat ini rosak ialah penggunaan minyak akan meningkat secara berlebihan dan membazirkan wang anda . Oleh itu cara terbaik ialah membawa kereta anda ke SC untuk ditukar sensor oksigen yang baharu dengan kos sekitar RM250 sahaja. 

Alat ini berkemungkinan tidak berfungsi dengan berkesan jika telah terlalu lama digunakan iaitu dalam lingkungan 100 000km yang berpunca daripada kekotoran yang keluar dari injap ekzos serta akibat semburan air ketika bahagian bawah kereta dibasuh.



Rujukan daripada blog :
http://senangeja.blogspot.my/2015/07/oxygen-sensor-bermasalah-lampu.html


Monday 6 November 2017

Sukan Golf Semakin Diminati Pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan

Sukan golf telah diwujudkan di InSTAR berdasarkan bakat yang ada dalam kalangan pelajarnya sebelum mereka melangkah ke sekolah ini. Pihak sekolah melalui PIBG telah menyediakan peralatan yang secukupnya untuk mengembangkan bakat para pemain golf InSTAR. Pihak Kelab Golf Diraja Pekan ( KGDP ) dan PPD Pekan sangat membantu perkembangan sukan golf dalam kalangan pelajar di daerah Pekan ini. KGDP sendiri mempunyai Jawatankuasa Pembangunan Golf Remaja yang menganjurkan beberapa siri klinik golf kendalian MGA dan kejohanan untuk mencungkil  bakat-bakat baharu dalam kalangan remaja yang berminat.



Para pemain golf InSTAR 2017

Flight Bawah 15 semasa MSSD Pekan

Hanya dua golfer InSTAR melepasi miss cut hari pertama.
Amir Fakhrul muncul juara bagi kategori L15.

Diharapkan agar lebih ramai pelajar akan menceburi sukan ini supaya kelab golf ini akan terus berkembang. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak PIBG kerana menyumbang peralatan dan membiayai para pemain menghadiri klinik golf dan menyertai beberapa kejohanan yang telah berlangsung pada tahun ini.


Sunday 5 November 2017

Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan InSTAR Terbaik Unit Beruniform Sekolah Tahun 2017

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) telah bertapak di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi iaitu dengan penubuhan cawangan yang pertama di negeri Sabah pada bulan April 1948. Sejarah badan NGO ini jauh lebih awal melalui usaha pengasasnya iaitu Jean Henry Dunant yang terkesan apabila melihat kesengsaraan mangsa perang di Itali pada Jun 1959. BSMM mendukung tujuh prinsip asasnya yang meliputi kemanusiaan, kesaksamaan, sukarela, bersatu, berkecuali, kesejagatan, dan kebebasan.

Di InSTAR , BSMM antara sembilan unit beruniform yang ditubuhkan semenjak tahun 2003 lagi. Minat para pelajar yang merupakan kategori ahli belia terhadap BSMM semakin bertambah dengan banyaknya aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa. Kekangan kewangan menyebabkan penyertaan para ahli dalam pelbagai peringkat aktiviti terpaksa dihadkan kerana setiap penyertaan perlu disediakan peruntukan kewangan yang secukupnya bersumberkan para ahli sendiri dan dibantu oleh PIBG.

Sijil dan plak yang diterima sempena malam anugerah kokurikulum InSTAR

Sebahagian daripada ahli BSMM InSTAR

Pemakaian Pangkat kepada ahli BSMM yang aktif dan menjadi peneraju untuk tahun berikutnya.

Pada tahun 2017 , BSMM InSTAR telah muncul unit beruniform terbaik mengalahkan lapan unit beruniform yang lain berdasarkan merit penyertaan dan pencapaian dalam aktiviti di peringkat negeri dan antarabangsa. Kemenangan dalam pelbagai pertandingan di Perkhemahan BSMM peringkat Negeri Pahang telah meletakkan unit ini sebagai unit terbaik ditambah pula dengan penyertaan di Malaysian Red Crescent International Youth Enlightenment Camp 2017 di Sibu, Sarawak yang disertai 11 buah negara dan semua negeri di Malaysia. Diharapkan BSMM InSTAR akan terus aktif dan menyumbang merit kepada kecemerlangan kokurikulum sekolah ini.